Cemerlang atau Kecundang?

Selamat datang buat pengendali baru skuad HijauKuning saudara Ahmad Yusof..Mungkin agak lambat untuk diucapkan semenjak memegang kerusi panas skuad HijauKuning pada 2Nov09.

Jika musim lalu penyokong setia dihidangkan dengan rentak yang kurang memuaskan pada 3 perlawanan awal, janganlah sesekali membiarkan drama seperti itu berulang lagi. Kami tidak pernah memaksa apatah lagi mengharap, yang kami mahu hanyalah sekelumit rasa cinta dan sayang terhadap perjuangan dan doa kami selaku penyokong.

Jika diukur pada beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, nampaknya saudara Ahmad Yusof masih lagi gagal untuk membimbing, merencana dan mengatur segala aspek strategi dan tektikal sepanjang 90minint perlawanan. Mungkinkah saudara Ahmad Yusof masih lagi dibelenggu dengan kejayaan pengendali lalu. Ataupun masih lagi memikir dan menyusun barisan terkuat tatkala ramai pemain utama dibelenggu masalah kecederaan. Hanya jauhari mengenal manikam...!

9Jan adalah titik tolak buat saudara Ahmad Yusof. Segala keazaman dan kecekalan beliau bakal teruji dek kepakaran dan kecerdikan 'The Professor'. Bertandang ke kubu lawan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diterjemahkan di atas padang, disinilah bermulanya era baru buat saudara Ahmad Yusof. Skuad yang terkenal dengan jolokan 'Jengking' tidak akan mampu menyegat 'Sang Kenari' seandainya 'Sang Kenari' mampu terbang bebas di awan.

Seandainya beliau cemerlang, pastinya puluhan ribu penyokong setia bakal menyambutnya dengan meriah di stadium keramat pada 12Jan ini. Kembalikan kemeriahan yang ada sebelum ini. Berjuanglah sejiwa murni, stadium keramat pasti bergema lagi.

Andaikata keputusan sebaliknya, saudara Ahmad Yusof harus bertanggungjawab sepenuhnya. Puluhan ribu penyokong masih dahagakan kemenangan. Jadikanlah ini sebagai satu semangat, tiada yang mustahil di dalam dunia yang penuh mencabar ini.

Akhir kata, selamat berjuang wahai 'Sang Kenari', kudrat dan keringat anda amat ditagih ketika ini. Semoga saudara Ahamad Yusof mampu mengembalikan kehebatan 'Sang Kenari' yang selama ini dipandang serong oleh peminat sukan tanahair.

Drama 90minit bakal bermula, sajikanlah kami dengan plot dan klimaks yang menarik. Itu sahaja permintaan kami.

Teringat kata-kata 'Sang Alor Semadom' "To Be A Champion, We Must Act Like A Champion"

No comments:

Post a Comment